Dalam beberapa tahun terakhir, perjalanan saya dalam dunia silat sering membawa saya bertemu pelbagai insan yang datang dengan niat berbeda, tetapi semuanya punya satu persamaan: keinginan untuk mencari akar dan makna. Dari sesi latihan kecil hingga ke perbualan larut malam tentang budaya dan jati diri, saya pelajari bahawa silat bukan hanya sesuatu yang kita latih, tetapi sesuatu yang hidup bersama kita. Maka ketika sebuah amanah baru datang mengetuk, saya menerimanya dengan rasa syukur dan rendah hati, kerana setiap langkah dalam dunia persilatan selalu membawa tanggungjawab sekaligus kesempatan untuk berbakti.
Menjadi wakil APN di Singapura bukan perkara kecil. Ketika surat itu saya terima, rasanya seperti mendapat peringatan bawasanya Silat bukan sekadar jurus atau teknik, tetapi cerita panjang tentang marwah, adab, dan cara manusia membentuk kekuatan lewat kesabaran. Tugas saya sekarang adalah memastikan ilmu ini tetap hidup, tetap relevan, dan tetap membawa manfaat bagi siapa saja yang ingin mempelajarinya.
Di Singapura, langkah ini juga membuka ruang untuk merapatkan hubungan antara komunitas silat, perguruan, dan masyarakat pencinta budaya. Saya tidak datang membawa gelar atau bendera, tetapi membawa niat untuk menyambung tali dan membangun kegiatan yang menumbuhkan ilmu dan rasa hormat terhadap tradisi. Semoga amanah ini bisa menjadi titik mula yang baik untuk menghidupkan kembali nilai-nilai silat yang sesungguhnya, agar generasi seterusnya tahu bahawa silat bukan sekadar gerakan badan, tetapi cara memupuk jiwa.


Asosiasi Pesilat Nusantara biasanya berdiri sebagai payung besar yang menghubungkan pelbagai aliran, gaya, dan perguruan silat dari seluruh wilayah Nusantara. Fungsinya bukan untuk menyeragamkan ilmu, tetapi untuk menjaga keaslian setiap tradisi, memastikan bahawa warisan gerak, falsafah, dan adab tidak hilang ditelan zaman. Di dalamnya, para guru tua bertindak seperti penjaga api, memastikan bahawa generasi muda menerima ilmu yang benar, bukan versi yang telah tercabut dari akar.
Selain itu, organisasi seperti APN sering menjadi jambatan antara pelestari budaya dan dunia moden. Mereka mendorong program pendidikan, seminar, bengkel, dokumentasi sejarah, hingga hubungan antar-negara. Pada satu sisi mereka menjaga warisan, pada sisi lain mereka membuka pintu untuk pertukaran budaya dan pengembangan profesional, termasuk standard keselamatan latihan, etika pengajaran, dan kerjasama antara perguruan.
No comments:
Post a Comment